Khamis, 28 Julai 2016

php

Cara Pengiraan Debt Service Ratio (DSR) Pinjaman Perumahan

Debt Service Ratio = (Komitmen seperti di CCRIS + deduction loan on payslip (i.e. staff loan) + new instalment / Net Income) X 100% Net Income = Gaji kasar – potongan wajib seperti EPF, Socso, Income tax, dan Zakat

Contoh 1
Pendapatan bersih bulanan – RM3700 Pembiayaan kereta – RM460 pembiayaan peribadi – RM400 Bercadang untuk membeli sebuah teres 1 tingkat yang berharga RM310,000. Bayaran bulanan untuk rumah tersebut ialah RM1303 sebulan. Jadi, kadar DSR adalah: RM1303 + RM460 + RM400 / RM3700 x 100% = 58.4%

Contoh 2
Pendapatan bersih bulanan – RM8800 Pembiayaan kereta – RM1750 Pembiayaan rumah pertama – RM1870 Bercadang untuk membeli sebuah teres corner lot 2 tingkat yang berharga RM650,000. Bayaran bulanan untuk rumah tersebut ialah RM2730 sebulan. Jadi, kadar DSR adalah: RM2730 + RM1750 + RM1870 / RM8800 x 100% = 72.1% Kadar had DSR bagi setiap bank adalah berbeza namun ianya tidaklah jauh berbeza. Bagi mereka yang berpendapatan kurang dari RM3000/bulan, kadar DSR maksimum adalah 60%. Manakala bagi mereka yang berpendapatan lebih dari RM3000/bulan, kadar DSR maksimum adalah 70%.

Berdasarkan 2 contoh diatas, didapati contoh pertama dijangka akan tiada masalah untuk mendapatkan pinjaman. Manakala contoh kedua agak sukar untuk pihak bank meluluskan permohonannya. Tetapi, pemohon boleh sertakan dokumen sokongan seperti: 1. Penyata akaun simpanan bank (yang lain) 2. Penyata akaun simpanan Tabung Haji 3. Buku simpanan ASB 4. Penyata akaun simpanan unit amanat (unit trust) 5. Tenancy Agreement (rumah sewa) 6. atau sebarang bukti pendapatan sampingan